Monday, February 22, 2010

Bila Terasa Dirimu Bak Tapak Sulaiman

Verdana. Ok Cun Tulisan nih.

Amende lah arini.

Sedap layan asap sejuk Pall Mall jam 1 ptg; gua pandang ke langit. Cuaca yang bak Arab Saudi dengan Matahari menyinar macam kereta Ameng lepas kene polish meng"sepek"kan mata gua. Khalil Hering yang dari tadi mundar mandir kat tempat Dean isap rokok gelisah menunggu bini HR dia tu keluar untuk pergi Lunch. Khalil memerhati gua yang sedang mendongak ke langit.
"Lantakkan lu. Gua tengah memikir masa depan ni."
Amende lah arini.

Otak gua masih lagi berlaku penyesalan setelah gagal mentaksirkan sebuah pump kepada encik yang interview gua aritu. Hati gua memujuk-mujuk. Sudah lah....Sudah lah. Otak gua yang sentiasa positif ini memberitahu kalau ader rezeki; confirm nama gua naik lah.

Amende lah arini.

Spring kete gua tak ready2 lagi nih. Amende lah Ah Chong. Lu macam sembang je. Ke carik other buyer oi~Hati gua sampai sekarang masih terguris setelah Mr. Anderson terguris ketika hidup bersama Akak/Along gua. Dalam betul gurisan benci itu. Nafsu gua membuak untuk cat kereta guna warna crayon ataupon cover dengan artline ajer. Tapi wane oren nih bangsa yang payah dicari.

Amende lah arini.

Gua punya fikiran dah hampir masak. Mungkin Bulan 5 ini gua nak kawin lah! Bosan sudah hidup Single. Saloma blog gua haritu masih lagi dinanti.

Sigh~Gua rase zaman gatal gua telah bermula.





Sunday, February 21, 2010

Jangan Baca

25 tahun sudah;

"Nak Kawin Lah!"

Tuesday, February 16, 2010

Hijrah
















Ala~Sedangkan sang menteri pon boley lupa akan manfesito mereka. Inikan Gua~
Mane la gua nak ingat email dan password untuk blog tue. Gua taderk P.A. Kire bagus sikit kan?
Apa-apahal pon; kes lupa diri ini mungkin disebabkan minuman gua selalu ada semut yang terjun.
Biaselah...Semut selalu Jeles dengan kemanisan gua! Bak kata pepatah
"You are so sweet. I just got cavity by looking at you"
Kalo dia nak ketip gua straight forward; confirm gua picit-picit sampai lunyai kan??

Last option: Terjun dalam minuman gua.

Owh~Lupe nak cakap. Hye Semua!! thedonutstory dah tadek eh?nak update,sila rujuk sini.

Bye! Gong Hei Fat Choi.


p/s: Kepada Ah Choi.. kau memang gemok.